Tuesday, April 21, 2015

Bangun hari ini....

Anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Anda menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. Hish budak ni, apa nak jadi. Tapi ada jiran saya beberapa bulan yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Pencipta.

Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Anda rasa pakaian anda tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju aje.

Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Anda rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Anda rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap anda. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula .

Syukurlah walau apa jua keadaan anda masih mampu untuk berbuat kebaikan & sentisa berusaha menjadi golongan orang yang beruntung...
Putri-putriku.... syakira widad dan nurdina....
berbagai keletah.... berbagai kerenah....
yang memeningkan kepala...
tapi.... saat tiada di mata...
aku kosong....

Sunday, April 5, 2015

April 2015
Tergerak hati untuk kembali berbicara di laman maya.